Monday 2 October 2017

Punca Jeragat Naik Semasa Hamil & Cara Paling Berkesan dan Selamat Mengatasinya

Anda pernah dilanda masalah jeragat semasa mengandung? 

Kenapa sebelum mengandung kulit cantik je? Semasa mengandung bertompok2 jeragat! Seolah-olah satu bebanan yang besar hinggap di wajah apabila jeragat datang berlabuh. Masalah muka berjeragat ini boleh sahaja berlaku kepada sesetengah wanita hamil. 1 daripada 2 wanita hamil perlu bersedia untuk mengalami masalah ini. Dalam beberapa kes, jeragat boleh menjadi lebih teruk ketika hamil.


Banyak produk-produk kecantikan yang ada di pasaran boleh diambil untuk mengatasi masalah jeragat. Tetapi anda perlu beringat produk-produk tersebut bukan semuanya bagus  serta selamat untuk anda yang sedang hamil. Anda perlu mengambil kira risiko kepada bayi dalam kandungan yang terdedah kepada risiko kecacatan. Jangan kerana ingin membanteras jeragat yang menjadikan kulit anda bermasalah, bayi dalam kandungan yang terancam!





Apakah punca terjadinya jeragat ketika hamil?

Jeragat terjadi hasil daripada gabungan kecenderungan genetik dan juga akibat terdedah kepada sinaran matahari. Dua orang yang menerima pendedahan pancaran cahaya matahari yang sama tidak mempunyai kebarangkalian yang sama untuk mendapat jeragat.

Sinaran cahaya matahari sebenar mahupun pancaran cahaya tiruan yang digunakan oleh ramai wanita barat untuk menggelapkan kulit menjadikan kulit kita terdedah dengan sinar (UV) ultraviolet. Selepas terdedah kepada sinaran ultraviolet, lapisan luar kulit (epidermis) menjadi tebal dan sel yang menghasilkan pigmen (dipanggil melanocytes) membentuk pigmen melanin pada kadar yang lebih tinggi. 


Jeragat adalah disebabkan oleh pengagihan tidak sama rata pigmen melanin dalam kulit.  Tompok jeragat pada dasarnya hanyalah deposit luar biasa berat terhadap melanin di satu tempat pada kulit. Setiap kulit orang berbeza dalam reaksi mereka kepada cahaya matahari. Wanita yang berkulit lebih gelap kebanyakannya kurang sensitif kepada pancaran matahari berbanding mereka yang berkulit putih.


Menurut ahli dermatologi, Dr Michael Rich, pigmentasi pada kehamilan dikaitkan dengan kenaikan tahap estrogen wanita. 


"Peningkatan fisiologi dalam pigmentasi berlaku pada semua wanita hamil. Ia adalah paling jelas dalam satu garis bawah pusat perut, dipanggil linea nigra, sekitar puting dan isolae dan sekitar alat kelamin dan perineum" jelasnya.


"Ia juga berlaku di tempat-tempat yang terjejas oleh matahari - di muka, biasanya pada pipi dan atas bibir - kerana tubuh boleh bertindak balas dengan cahaya matahari dengan melanin yang terlalu banyak, hormon yang menyebabkan kulit menjadi gelap.


Bagaimana cara terbaik mengatasi masalah jeragat ketika hamil?

Dalam apa jua rawatan muka terutamanya jeragat, ubat utama adalah KESABARAN & DUIT 😄😄 Sabar menunggu dan konsisten mengambil produk.


Dr Bruce Miller ada mengatakan bahawa sumber nutrisi yang terbaik untuk kesihatan kulit adalah: 

Protein

Protein memainkan peranan yang sangat penting kepada kulit yang pejal dan licin.  Ia kerana komponen utama kulit anda ialah keratin, kolagen dan elastin yang semuanya terjadi daripada protein.  Keratin ialah lapisan luaran anda yang boleh dilihat. Kolagen memberikan kulit anda sifat dan bentuknya serta sokongan yang sihat. Ia juga memeteraikan lapisan kulit dengan ketat dan kukuh untuk mewujudkan kelicinan. Ha..sebab tu ramai sgt suka pakai produk2 yang ada kolagen ni. Elastin ni pula menegangkan kulit dan membolehkan kulit meregang dan mengendur seperti gelang getah. Jadi sangat penting untuk pastikan kita dapatkan protein yang mencukupi dan berkualiti!

Untuk mengatasi masalah jeragat, sangat disyorkan anda mengambil supplement protein bagi membantu mencantikkan kulit dan memperbaiki masalah kulit.

ESP ni memang terbaik untuk memperbaiki dan membina sel baru dalam badan kita terutamanya kulit. Tanpa kolesterol dan indeks glisemik yang rendah membuktikan kualiti dapat membantu anda kekalkan tahap gula dalam darah dan tidak menjejaskan tahap kolesterol.



Energizing Soy Protein (ESP)

Vitamin C

Vitamin C dapat membantu pembentukan kolagen dalam badan.





Vitamin E



Minyak Ikan





Sumber Protein dari Soya ini adalah salah satu produk terlaris Shaklee yang telah terbukti membantu jutaan wanita hamil terutamanya bagi masalah kulit muka.


0 comments:

Post a Comment

Set Kesihatan Shaklee

Copyright © AINUL HUDA - Supermom with Strong Willing & Great Dreams Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com