Monday 2 October 2017

Hijrah Seorang Anak Kecil Berkat Ketabahan Ibu dan Ayah


Jangan mudah putus asa terhadap anak. Itu merupakan satu frasa yang amat mudah dilafaz, tapi sukar diamalkan.
Setiap ibu bapa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Ibarat sehelai kain putih yang suci, kitalah ibu bapa yang bertanggungjawab melakar corak yang indah pada kain putih itu demi saham akhirat dan doa anak soleh dan solehah yang kita ibu bapa dambakan dari mereka.

Anak kami yang ke3, seorang yang agak pendiam bila bersama dengan orang tidak dikenali. Manja dan bijak. Dari seorang yang sgt sensitif bila ibu ayah sebut perkataan sekolah,school,uniform dan seumpamanya sehingga boleh mengakibatkan tantrum melampau tahap ayah pening kepala xboleh tdo,amukan handal menjatuhkan tv, kosongkan rak buku yg sarat, naik katil double decker n jatuhkan segala selimut, bantal dan cadar..
Kini Aisyah Imaani dengan rahmat Allah yang maha pengasih dan penyayang telah menjadikan anak kecil ini seorang yang cintakan sekolahnya, sentiasa tidak sabar untuk ke sekolah, mengemas sendiri beg sekolah malam sebelumnya, setiap hari bertanya esok cuti ke sekolah, nak pakai baju apa (ok,setiap malam pon tanya, ibu..sekarang ni cuti ke sekolah😂 dan kami perlu mengulang hampir setiap malam bahawa malam adalah waktu rehat, sekolah tutup😄😄), sangat ternanti2 majlis ihtifal tadika sebab nk buat psersembahan mcm abang, setiap malam juga diminta mengulangkaji matematik,little qari dan reading (yg paling best lps dah tutup lampu ayah dah landing, nak juga belajar matematik dengan ayah🤣🤣). Maka bangunlah kembali si ayah yg kepenatan demi anak tercinta.
Dulu saya amat mudah naik marah dan melenting..mungkin darah muda dan tidak tahu apa2 ttg ilmu parenting. Kini dah slow down sikit tapi masih banyak sgt lagi yg saya perlu belajar ttg parenting.
Yang pastinya rule of thumb yang saya belajar dari mereka yang berpengalaman, sayangilah anak2 kecil kamu dan berilah perhatian kepada mereka dan jangan mudah putus asa. Bila cukup umur mereka yang bersesuaian, didiklah untuk menjalankan tugas2 di rumah sama2 membantu ibu ayah menguruskan rumah tangga seperti membasuh pinggan, menguruskan kain baju baik lelaki mahupun perempuan. Yang paling penting, jangan mudah putus asa untuk mengajak mereka solat bersama. Anggaplah anak orang lain seperti anak anda dan jagalah kata2 kerana kita tidak tahu lagi bagaimana nasib kita. Ini saya belajar dari seorang rakan sekerja dulu. Dan saya perlu muhasabah perkara ini dan berpesan kepada diri saya setiap hari agar cepat2 istighfar sekiranya ada terlanjur kata.
Kami masih belajar dan terus ingin belajar untuk mendidik anak2. Mudah2an sentiasa tidak mudah putus asa dan dibantu Allah untuk sentiasa sabar. Sesungguhnya sabar itu adalah sesuatu yang sukar bagi saya. 
Hijrah IbuBapa menjadi titik tolak hijrah anak kecil. Jom kita berhijrah menjadi ibu bapa yang sabar dan penyayang agar anak2 juga turut sama menjejak langkah..insyaAllah. Mudah2an hijrah ke arah kebaikam ini kekal hingga ke akhir hayat. Amin...

Tips shaklee utk membantu mengawal stress ðŸ˜˜:
☆Banyakkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan vitamin B6. Kalau jenis susah hati je tak lalu nk makan tu..telanlah B complex shaklee tu. Bukan setakat B6..semua vitamin B ada ðŸ˜ƒðŸ˜ƒ at least bantulah kekurangan nutrition tu. 


0 comments:

Post a Comment

Set Kesihatan Shaklee

Copyright © AINUL HUDA - Supermom with Strong Willing & Great Dreams Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com