Friday 12 October 2018

Shaklee - Part Time Business Paling Mudah dan Menguntungkan



Adakah anda mencari business yang sesuai untuk menjana pendapatan dengan mudah?

Tidak ada modal besar untuk memulakan perniagaan?

Takut gagal dan bankrup?

Tidak ada mentor untuk membantu anda memulakan langkah pertama?

Jangan risau..saya dan team sudi membantu anda berjaya dengan Shaklee.


KISAH SAYA DAN SHAKLEE

Sedikit cerita tentang saya. Saya seorang ibu kepada 4 cahayamata. Seorang pekerja swasta yang mempunyai peranan pelbagai dan memegang beberapa portfolio untuk 2 syarikat di mana jumlah keseluruhan cawangannya adalah 14 dan 4 cawangan respectively. 😲😲

Saya juga sedang berada dalam Semester Kedua pengajian PhD di UiTM. Juga merupakan seorang leader yang mencapai pangkat Senior Supervisor dalam salah satu kumpulan Shaklee yang paling top di Malaysia. 

Bunyi seperti tamak sangat ke? Semuanya nak. Mustahil boleh buat semua benda dalam satu masa!!

Jobscope kerja hakiki saya banyak. Kalau ikutkan workload, komitmen PhD dan urusan keluarga memang tak sempat nak buat part time business pulak.
Tapi, dengan Shaklee, TIDAK MUSTAHIL. Shaklee menyediakan business plan yang mudah. Mesra pekerja full time seperti saya. Setakat nak income tambahan dalam RM300- RM2,000 insyaAllah takde hal. Nak dapat lebih dari tu pun boleh. Asalkan usaha.
Sebab apa? Produk Shaklee ni tinggi repeat order. Memang orang consume dan beli setiap bulan. InsyaAllah permintaan sangat tinggi.
Yang penting..ha..ni sangat penting kalau anda ingin berkecimpung dengan business Shaklee..

1. PILIH GROUP YANG BETUL!
Alhamdulillah, Allah sangat baik kurniakan saya group Shaklee yang sangat best
☆Upline saya ramai yang buat full time Shaklee. 
☆ Group yang sangat supportive dan attentive
☆ Dah jadi Master Coordinator (ranking tertinggi dalam Shaklee) dengan income yang lumayan
☆ Mereka telah melahirkan ramai leader Shaklee dari mereka yang asalnya nak taip keyboard pun tak pandai, hingga boleh jadi leader dan berjaya mendapat customer dari merata pelusuk dengan teknik halimunan yang diajar.Wow!!
☆ Mentor yang sangat berkemahiran dalam bidang marketing dan online business, so anda tidak perlu nak pergi kelas marketing yang mahal2 tu. 
☆ Ada access yang cepat untuk meminta bantuan nasihat tentang nutrisi dari nutritionist dan para doktor yang ada dalam group besar Shaklee saya.

2. MOTIVASI YANG KUAT DAN KECEKALAN YANG TINGGI
♡ Buat apa jua perkara dalam hidup perlukan motivasi dan kecekalan yang tinggi
♡ Dalam group saya, insyaAllah anda akan dapat ini asalkan anda bersedia untuk dibimbing dan cepat bertindak
♡ Tidak mudah putus asa sekiranya ada sedikit ribut melanda. InsyaAllah ada pelangi yang indah buat anda

3. NIAT YANG BETUL
♧ Sebenarnya banyak fasa ups n down dalam business ni. Sebab kita kan manusia. Hati tu memang berbolak balik. Jadinya sekiranya anda mempunyai niat yang betul untuk berniaga, insyaAllah anda mudah untuk 'kembali ke pangkal jalan'.
♧ Macam saya, antara niat utama saya nak buat part time business Shaklee sebab SAYA NAK BANTU ORANG LEBIH SIHAT. Perasaan dia hanya Allah je yang tahu kalau customer kita bagitau ikhtiar dengan Shaklee, mereka berjaya hamil. Anak mereka sembuh dari eczema. Diri sendiri baik tendonitis dengan Shaklee, marginal keratitis cepat hilang dgn Shaklee. Ada sahabat yang ibu bapa mereka bebas batu karang asbab Shaklee. Dan banyak lagi. Allahu akbar. Segala puji hanya bagi Allah yang mengizinkan semua ini. Perasaannya memang sangat berharga. Speechless. Kadang sampai nangis terharu.😭😭😭
♧ Mungkin sebab tu Allah sangat baik hadiahkan saya bukan setakat upline power, anak2 cucu Shaklee yang hebat-hebat masyaAllah. Walaupun ibu Shaklee mereka ini bukanlah hebat berniaga. Masih merangkak. Tapi deep in my heart masih ada cita2 besar dengan Shaklee.
♧ Saya juga bekerja di sektor swasta. Tiada jaminan duit pencen bulan2 seperti pekerja awam. Jadi, saya fikir, ini insyaAllah boleh jadi jaminan pendapatan bulanan saya kelak. InsyaAllah.
So, kepada sesiapa sahaja, yang ingin berkecimpung dalam business Shaklee dan tidak tahu nak pilih group yang mana, percayalah, berada dalam group kami insyaAllah adalah pilihan terbaik untuk anda berjaya dalam business Shaklee.

Nak apa lagi? Shaklee ada 
🍀Produk berkualiti
🍀Halal dan kelulusan KKM
🍀Syarikat yang kukuh
🍀Jenama yang bertahan sejak 103 tahun yang lalu
🍀 Modal yang ciput RM75 je!!
🍀 Tiada paksaan. Anda bersedia, boleh jalan. Tak sedia, boleh tunggu dan lihat dulu kejayaan orang lain sampai meleleh air mata.😅

Hubungi saya segera untuk membina masa depan dengan Shaklee. 

 Pm Huda
Tekan sini

Yang benar,
0177790910
Huda
Makcik jual Shaklee part time
Shining Star Group

Wednesday 6 June 2018

Cara Atasi Masalah Gastrik Kronik || Berkesan, Cepat dan Selamat

Gastrik adalah suatu penyakit yang sangat lazim dan kerap berlaku kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Masalah gastrik ini boleh menjadi kronik sekiranya tidak dirawat atau diatasi dengan betul.

Ikuti kisah seorang lelaki yang berpengalaman menghidap penyakit gastrik yang teruk.




Apa itu Gastrik

Gastrik adalah sakit di bahagian perut yang berpunca dari pelbagai faktor. Ia berlaku apabila dinding permukaan dalam perut terhakis oleh asid gastrik yang dihasilkan oleh perut untuk mencernakan makanan.

Faktor Gastrik

Faktor atau punca gastik adalah disebabkan perkara-perkara berikut:

1. Jadual pemakanan yang tidak teratur


2. Pengambilan makanan yang terlalu tinggi kandungan asid seperti jeruk, makanan ringan, minuman bergas.


Tanda Gastrik

1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen
2. Rasa senak, berangin atau pedih.
3. Rasa tidak selesa dan kembung
4. Sendawa berulang kali
5. Kerap kentut selepas makan
6. Rasa mual atau loya dan muntah
7. Berat badan turun (peringkat kronik)
8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik)
9. Hilang selera makan
10. Berat badan turun (pada peringkat teruk)


Set Gastrik Shaklee





Testimonial Gastrik 





Hubungi segera!

 PM Huda


Friday 4 May 2018

BUASIR: Cara Menyembuhkan Buasir Dengan Selamat dan Berkesan

Adakah anda mengalami masalah buasir?

Mengalami masalah dan menderita sakit setiap kali membuang air besar?

Adakah anda mahu tahu tentang cara terbaik yan membantu memulihkan dan merawat buasir dengan cepat, selamat dan berkesan?

Ingin tahu bagaimana saya berjaya menyelesaikan masalah buasir yang sudah bertahun-tahun saya alami?



APA ITU BUASIR?
Buasir adalah penyakit yang berlaku akibat pembengkakan yang berlaku pada salur vena di bahagian rektum dan dubur. 

APA TANDA BUASIR?

1. Berlaku pendarahan ketika membuang air besar
2. Salur membesar kerana bengkak, berlaku keradangan sehingga terkeluar dari dubur.

PUNCA BUASIR

1. SEMBELIT

Apabila berlaku sembelit, seseorang akan meneran dengan kuat untuk mengeluarkan najis lalu boleh menyebabkan buasir.

2. TIDAK MENJAGA PEMAKANAN (SERING MAKAN PEDAS)

Ramai yang mengaitkan punca pemakanan dengan masalah sembelit. Sering berlaku kepada mereka yang suka makan pedas lebih mudah mengalami masalah buasir kerana ususnya mungkin lebih terdedah kepada keradangan, cirit birit dan akhirnya mengakibatkan buasir.

3. HAMIL

Ketika hamil, rahim yang membesar kerana bayi yang dikandung boleh mengakibatkan abdomen kita mengalami tekanan yang berlebihan. Hormon wanita juga akan berubah.

VIDEO PENERANGAN CARA MENGATASI BUASIR DENGAN BERKESAN



CARA MERAWAT BUASIR

1. Mengelakkan berlakunya sembelit dengan Ostematrix Shaklee.

Ostematrix membantu anda melancarkan penghadaman, pelihara usus dan melawaskan pembuangan air besar. Seterusnya melegakan sembelit.


 2. Mengurangkan risiko keradangan dan pembengkakan usus dan saluran vena.

Omega Guard Shaklee membantu anda mengurangkan bengkak pada rektum akibat tekanan ke atas otot dubur dan kawasan sekitarnya.
 3. Percepatkan penyembuhan luka dengan Sustained Release Vitamin C.

Vitamin C terbukti secara klinikal membantu penyembuhan luka dalaman dan luka di sekitar bahagian dubur dengan cepat. Sangat disarankan kepada mereka yang mengalami masalah najis berdarah dan buasir berdarah.





4. Memperbaiki sel yang rosak dengan Vivix Shaklee

Vivix adalah anti oksidan dengan kandungan resveratrol yang tinggi. Ia mampu memperbaiki sel hingga ke peringkat DNA. Saya sendiri berpengalaman merawat masalah buasir dengan vivix. Alhamdulillah, syukur.

Testimoni Set Buasir Shaklee




Hubungi saya sekarang untuk konsultansi berkesan!




 Anda juga boleh membuat pembelian Set Buasir Shaklee secara online menggunakan kad kredit anda (Klik link di bawah):


 Set Buasir




Wednesday 18 April 2018

Cara Terbaik Elak Serangan Jantung dan Sentiasa Menjaga Kesihatan Jantung

Adakah anda mempunyai keturunan sakit kronik? Anda bimbang anda mempunyai risiko yang sama? Cuba untuk kawal makan tetapi tidak pernah berjaya melawan nafsu. Terlalu sibuk dan tiada masa untuk menyediakan makanan yang sihat di rumah. Sangat tertekan dengan kerja di pejabat sehingga tiada masa untuk berehat, bertenang dan sentiasa tidak mempunyai tidur yang cukup.




Tahukah anda penyakit jantung merupakan punca utama kematian rakyat Malaysia. Dari 146,000 jumlah kematian yang dicatatkan pada tahun 2014, lebih 52,000 kes kematian adalah disebabkan penyakit jantung. Manakala peratusan yang tinggi sebanyak 73% berpunca dari penyakit tidak berjangkit iaitu penyakit-penyakit kronik seperti jantung, kencing manis, kanser dan sebagainya.

Masalah ini adalah masalah yang sangat normal dan sangat banyak dialami oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Di bawah menunjukkan statistik yang telah dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) yang membuktikan penyakit jantung adalah punca kematian utama rakyat Malaysia.



“Penyakit jantung tidak mengenal usia. Ada lelaki berusia semuda 28 tahun dah alami sakit jantung, manakala perempuan berusia semuda 32 tahun pun ada yang dah kena. Maka, seeloknya ketahui risiko dan amalkan tips elak sakit jantung seawal mungkin.”


Apakah tanda-tanda seseorang itu mempunyai sakit jantung?
  1. Ketidakselesaan pada leher, rahang, bahu, atas belakang atau abdomen
  2. Nafas berasa pendek
  3. Sakit pada sebelah atau kedua-dua belah tangan
  4. Loya atau muntah
  5. Berpeluh
  6. Ringan kepala atau pening
  7. Keletihan luar biasa

FAKTOR RISIKO UMUM SAKIT JANTUNG
1. Faktor Risiko Tak Boleh Ubah (Irreversible)
·            Sejarah keluarga – Penyakit ni biasanya disebabkan keturunan, kalau ibubapa anda pernah menghidap sakit jantung, risikonya meningkat
·            Lelaki lebih berisiko berbanding perempuan
·            Semakin berumur, semakin meningkat risiko

2. Faktor Risiko Boleh Ubah (Reversible)
·            Diabetes – Boleh dikawal dengan kurangkan gula & mengambil ubat
·            Kehidupan sedentari / tidak aktif – Pastikan anda kembali aktif dengan kurangkan duduk, selalu berjalan, melakukan senaman & bersukan
·            Tekanan darah tinggi / hipertensi – Kurangkan gula
·            Merokok – Berhenti merokok jalan terbaik
·            Stres – Kurangkan stres dan belajar pengurusan stress

Sebenarnya penyakit jantung boleh dicegah melalui pemakanan yang seimbang dan terkawal, gaya hidup yang sihat, rehat dan tidur yang mencukupi dan emosi yang terkawal.


1. LAKUKAN SARINGAN KESIHATAN

Kalau boleh saringan kesihatan jantung 2-3 tahun sekali. Jangan tunggu bila dah sakit, baru nak pergi dapatkan khidmat nasihat pakar.

2. KENALI FAKTOR RISIKO ANDA

Boleh rujuk kepada faktor-faktor risiko umum sakit jantung seperti di atas. Jika anda berisiko tinggi, sila berhati-hati.

3. KEKALKAN BERAT BADAN IDEAL

Kegemukan atau obesiti adalah punca kepada kebanyakan penyakit merbahaya seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan bermacam-macam lagi. Ini adalah tips elak sakit jantung yang sangat penting.

4. AMALKAN DIET YANG SIHAT

Jaga pemakanan anda dan kalau boleh kurangkan makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi. Kalau boleh ikutlah piramid makanan yang disyorkan.

5. BERHENTI MEROKOK

Bagi perokok-perokok di luar sana, berhentilah tabiat tidak sihat ini. Tips elak sakit jantung ini mungkin tidak begitu mudah bagi perokok tegar.
Namun, bukan sahaja badan anda akan menikmati kesannya, orang di sekeliling anda pun pasti menghargainya.

6. KEKAL AKTIF

Dengan gaya hidup yang sedentari terutama sewaktu waktu bekerja, ramai di antara kita yang duduk sahaja di depan komputer selama berjam-jam lamanya. Cuba bangun setiap 30 minit dan berjalan sedikit sebelum sambung membuat kerja anda.

7. BELAJAR CPR

Biasa kita tengok di dalam filem atau pun drama siri, apabila seseorang itu sakit jantung dan rebah; akan ada seseorang yang akan melakukan CPR bagi menyelamatkan nyawa pesakit tersebut.
*Tips Bonus – Eh ada bonus pula? Dari segi aspek kesihatan, ‘mencegah lebih baik daripada merawat’ adalah sangat benar. Selain daripada mendapatkan khidmat doktor setelah terkena serangan sakit jantung, adalah lebih baik kita mencegahnya terlebih dahulu.

Shaklee mempunyai formulasi yang telah diperbaharui dengan kandungan nutrisi yang terbaik. Saya senaraikan produk Shaklee yang sangat bagus untuk langkah awal mencegah serangan jantung. 


1. COQ-Trol


Coq Trol mengandungi Co-Enzyme Q10 yang sangat bagus untuk jantung. Ia mampu memberikan tenaga pada sel badan kita terutamanya di bahagian jantung. COQ10 bantu menguatkan otot jantung, memberi peredaran darah yang sihat, mengurangkan risiko penyakit jantung dan memberi tahap tenaga yang semakin baik untuk mereka yang mengambil statin (ubat sakit jantung). Seterusnya salah satu cara paling mudah untuk elak serangan jantung.



2. Vivix 


Vivix mengandungi polifenol yang terbukti memperbaiki sel yang rosak. Mampu mengurangkan keradangan dalam salur darah selain menggalakkan lapisan salur darah yang sihat. Polifenol juga amat bagus dalam menggalakkan tekanan darah yang sihat dan mengekalkan kadar pembekuan platlet yang sihat.




3. Omega 



Omega Guard mengandungi asid lemak Omega 3, DHA dan EPA yang terbaik yang boleh membantu menurunkan tahap trigylcerides yang seterusnya membantu menurunkan tahap kolesterol. Omega juga sangat baik untuk membantu anda menaikkan tahap HDL (kolesterol baik) yang diperlukan oleh badan kita. Omega juga membantu anda memecahkan lemak dalam badan. Bagaimana Omega menyokong kesihatan jantung? Dengan mengurangkan keradangan yang boleh merosakkan salur darah dan menyebabkan penyakit jantung dan strok. Selain itu, ia membantu mengekalkan darah dan irama jantung yang sihat. 


Hubungi Huda segera untuk mendapatkan produk Shaklee bagi mengekalkan kesihatan jantung anda.😉









Set Kesihatan Shaklee

Copyright © AINUL HUDA - Supermom with Strong Willing & Great Dreams Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com